Kelas Violin SKSB telah ditubuhkan pada Februari 2007. Seramai 25 orang murid dari SKSB berserta guru besar turut menyertai kelas ini. Tujuan penubuhan kelas tersebut adalah untuk menarik minat murid dalam muzik terutama dalam bermain violin. Murid mendapat harga yuran yang istimewa berbanding dengan luar sekiranya belajar di sekolah. Di sini murid belajar kemahiran membuat persembahan secara kumpulan.
Kelas violin diadakan pada hari Sabtu setiap minggu dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Tenaga pengajaran terdiri daripada sekumpulan guru dari Sabak Muzik Akademik, Sitiawan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas violin boleh berhubung dengan :
Puan Ruth Ling Wang Ling ( 012-5552829 )
atau
Puan Surani bt Othman ( 017-5668970 ) |