|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
-
Pasukan Puteri Islam Sekolah Kebangsaan Seri Bayu ditubuhkan pada Februari 2004.
-
Matlamat penubuhan pasukan ini adalah untuk menyeimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
-
Selain daripada itu, ia meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah serta meningkatkan kerjasama dan disiplin diri puteri-puteri.
-
Ahli pasukan terdiri dari murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Pada tahun 2004, ia mempunyai seramai 70 ahli.
-
Perjumpaan pasukan Puteri Islam dijalankan pada hari Khamis setiap dua minggu, dari 3.00 petang hingga 4.00 petang.
-
Antara bidang kurikulum yang dijadikan asas program dan aktiviti-aktiviti PPIM di sekolah ini adalah seperti berikut : Pengenalan PPIM dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kerohanian (pemahaman dan pengukuhan Al-Quran dan Hadis) serta kesihatan dan tugas pembangunan diri.
-
Aktiviti-aktiviti mingguan yang dijalankan adalah seperti berikut : latihan membuat kraftangan, latihan kawat kaki, permainan, pertolongan cemas, pertandingan dan majlis membaca doa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|