K PERAK e LEARNING CLUSTER
     

K -Perak e-Learning Cluster bermula pada 2007 sehingga kini. Program ini dirangka oleh Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama pihak New Zealand Education (iNZed) dan New Zealand Trade Enterprise (NZTE) serta Jawatankuasa Pelajaran Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Negeri Perak dan Jawatankuasa K-Society , K-Perak 2010. Prinsip asas projek ini adalah mengintegrasikan ICT ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), serta perkongsian pengalaman dan maklumat di antara guru-guru dan murid-murid 5 sekolah kluster negeri Perak yang terpilih serta di pihak New Zealand.

Projek ini adalah berasaskan sekolah dan dirangka ke arah memfokuskan perkembangan professional secara kelompok (cluster based model) di mana ahli kelompok terlibat secara aktif dalam berkongsi kepakaran dan pengalaman melalui kaedah ”mentoring dan fasilitating” Guru-guru adalah disokong oleh fasilitator sekolah serta oleh pakar-pakar di talian internet melalui link-link ke arah isi P&P sedia ada daripada pasukan iNzed melalui laman sesawang yang disediakan.

5 buah sekolah yang terlibat dalam kelompok ini adalah:

SK Seri Bayu,Kompleks Sekolah Wawasan Manjung,
Seri Manjung, Perak
SK Seri Ampang, Ipoh, Perak
SK Seri Adika Raja, Gerik ,Perak
SMK Raja Perempuan Kelsom,Kuala Kangsar,Perak
SMK Matang, Matang, Taiping , Perak

 

 
   
 
 
 
   
 
         
       
         
 
HAK MILIK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU 
KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN MANJUNG 
32040 SERI MANJUNG 
PERAK DARUL RIDZUAN 
  Anda Pengunjung Ke
msn spaces tracker