Pada hari Sabtu 9hb Ogos 2008, sekolah SKSB telah mengadakan Kempen Anti Denggi bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kempen tersebut dimulakan dengan Senaman " Si Poco-Poco " yang dipimpin bawah Puan Latifah bt Idris. Murid-murid berasa cergas dan seronok apabila bersenama bersama guru-guru mereka. Selepas itu, satu Ceramah Denggi telah disampaikan oleh Pegawai dari Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Selepas itu, murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti gotong-royong membersih kawasan sekolah. Satu Pertandingan Mewarna telah dijalankan selepas rehat untuk murid-murid tahap 1 dan 2.