Pada Hari Selasa dan Rabu ( 5/8/08 & 6/8/08 ), jam 3 petang, guru-guru SKSB dan juga staf PPM ( Pembantu Pengurus Murid ) hadir ke sekolah untuk bergotong-royong mengecat Dewan Peperiksaan. Bilik tersebut merupakan kelas Tahun 6. Sebanyak 5 buah kelas telah dicatkan dindingnya bagi menceriakan balik kelas tersebut sebelum murid duduk dalam Peperiksaan UPSR yang akan datang. Guru-guru dan staf bertungkus lumus untuk mengecat sehingga pukul 6.30 petang. Di sini amat diharpkan murid SKSB dapat menjaga keceriaan tersebut sepanjang tahun nanti.