Pada 11hb Februari 2010, jam 8.30 pagi, Sukan Tahunan Perdana kali ke-8 telah berjaya dilangsungkan di padang Sekolah Wawasan Manjung. Berbagai acara telah dijalankan pada pagi ini. Antaranya acara yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut : lari 50m, 100m, 4 X 100m, 4 X 200 m, acara pra sekolah, acara Pra Pendidikan Khas, acara 4 X 100m jemputan, acara sukaneka dan acara kaum ibubapa serta pegawai. Majlis sukan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dan dirasmikan penutupnya oleh Encik Norsuhaimi bin Md Noor, Penolong Pengarah Sukan Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Johan Temasya Sukan kali ke-8 jatuh kepada Rumah Merah dan Johan Pembarisan jatuh kepada Rumah Biru. Tahniah diucapkan !!!!