|
|
|
|
Pada 7hb Mac 2009, jam 8.00 pagi, murid-murid Tahun 6 bertolak ke Pantai Teluk Batik untuk Program Rehmah yang telah dirancangkan khas untuk murid Tahun 6. Berbagai aktiviti telah disusun untuk melepas tekanan murid di samping memberi motivasi yang baru untuk murid sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Murid-murid berasa seronok dan bersemangat. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Lawatan ke Muzium Siput, sukaneka, ceramah motivasi dan snorkeling. Aktiviti tamat pada jam 6.00 petang. |
|
|
|
|