|
|
|
|
Pada 6hb Mac 2009, jam 4.00 petang, satu Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan bertempat di Sudut Ilmu SKSB. Majlis telah menjemput Encik Suhaimi bin Ramli, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung (Pengurusan Akademik/ Vokasional dan Teknologi) untuk merasmikan mesyuarat tersebut. Agenda Mesyuarat pada hari tersebut terdiri daripada ucapan dari Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Rafe bin Mohd Ramli, ucapan dari Penasihat PIBG, Tuan Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim serta ucapan dari Perasmi, Encik Suhaimi bin Ramli. Selepas itu, AJK PIBG terus membentangkan minit mesyuarat yang lepas, laporan kegiatan PIBG 2008 dan juga penyata kewangan tahun 2008. Satu Perlantikan AJK PIBG baru bagi sesi 2009/2010 telah dijalankan selepas pembubaran AJK PIBG sesi 2008 / 2009. Mesyuarat PIBG ditangguhkan pada pukul 6.20 pteang. |
|
|
|
|