WAKTU SEKARANG
APLIKASI ONLINE
INFO SKSB
INFO SEKOLAH
Info Am
Guru Besar
Guru Dan Staf
TakwimPersekolahan
Anugerah Sekolah
KPEC
Carta Organisasi
Program
Aktiviti
P & P
Bilik Darjah
Pusat Akses
Kelas Violin
Kelas Keyboard
PUSAT SUMBER
Info Am
Nilam
AKHBAR UTAMA
Berita Harian
Harian Metro
Utusan Online
New Strait Times
BAHAN P & P
Courseware Guru
Courseware Murid
Klip Video
Sukatan Pelajaran
Maklumat Utk Guru
 
BIODATA ENCIK MOHD NOR BIN ABDULLAH
 

Pada Tanggal 21hb April 1953, hari Selasa jam 3.30 pagi di sebuah kampung yang aman dan damai iatu Kampung Sungai Parit Pasir Panjang Laut, Sitiawan lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Mohd Nor Bin Abdullah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Laut, Sitiawan sehingga darjah 6. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di SMK Seri Selamat, Sitiawan yang sekarang dikenali sebagai SMK Tok Perdana Sitiawan sehingga ke Tingkatan 3. Beliau mengambil peperiksaan SRP tahun 1969 dan SPM pada tahun 1974. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Agama Batu 8 Lekir dan mendapat kepulusan 4 Senawi.

Pada umur 27 tahun, beliau telah memulakan kerjaya perkhidmatan sebagai Tukang Kebun (PAR) dan telah ditempatkan di SK Segari Lumut, Perak. Genap 10 tahun perkhidmatan beliau di SK Segari iaitu pada tahun 1991, beliau telah ditukarkan ke SRJKC Pei Min, Segari Lumut, Perak. Sikap ramah dan nilai kasih sayang pada kanak-kanak membolehkan beliau cukup disenangi walaupun berbeza agama dan bangsa.

Pada tahun 2002, beliau ditukarkan ke SK Seri Bayu. Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau sering menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang dan disenangi ramai serta mudah bergaul. Beliau dikenali sebagai McGyver SKSB kerana bidang tugasnya di SKSB meliputi banyak perkara. Beliau sering menyumbangkan tenaga meskipun di luar waktu bertugas. Oleh yang demikian, Panel Pembangunan Sumber Manusia SKSB telah bersetuju dan menganugerahkan Pemberian Hadiah Prestasi Penghargaan Perkhidmatan yang cemerlang. Dalam usaha yang gigih, beliau telah lulus dalam peperiksaan PTK tahun 2003 dan telah diberi Anjakan Gaji pada tahun 2004.

Genap umur beliau 56 tahun, beliau bersara wajib. Ini bermakna selama 29 tahun beliau berada dan memberi sumbangan dan khidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pekerja Rendah Awam.

 
   
   
     
 
         
       
         
 
HAK MILIK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU 
KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN MANJUNG 
32040 SERI MANJUNG 
PERAK DARUL RIDZUAN 
  Anda Pengunjung Ke
msn spaces tracker