|
|
Pada hari
Selasa 2hb September 2009, satu sambutan hari kemerdekaan yang ke-52 peringkat sekolah telah dijalankan dengan tema "1 Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan". Sambutan ini dilangsungkan secara ringkas dan sederhana tetapi dengan penuh semangat kemerdekaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perak. Kemudian disambungkan dengan bacaan perutusan Kemerdekaan . Selepas itu, nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai dan akhirnya laungan "merdeka" sebanyak tiga kali oleh Guru Besar SKSB sebelum majlis bersurai.
|
|
|