Pada 21hb April 2009, jam 8 malam, satu Majlis Persaraan, Jamuan Perpisahan & Selamat Datang telah diadakan di Orchard Inn, Lumut. Tujuan Majlis tersebut adalah untuk meraikan persaraan Encik Mohd Nor Bin Abdullah, bekas PAR SKSB dan juga staf-staf yang telah bertukar ke sekolah lain. Mereka adalah Encik Zabidi bin Ahmad (Bekas PK KoKu), Encik Anuar, Encik Abdullah bin Dahalan, Puan Noor Harisom bt Abdul Latif, Puan Noor Aini bt Abd Hamid dan Encik Md Razali bin Hussin.
Berikut adalah aturcara malam tersebut :
8.00 pm - Ketibaan Jemputan
8.15 pm - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi KGKT
- Ucapan Wakil Kakitangan Bertukar
8.45 pm - Jamuan Makan
9.15pm - Bacaan Biodata
- Ucapan Persara Encik Mohd Nor Bin Abdullah
- Penyampaian Hadiah
- Ucapan Memotong Pulut Kuning
- Penyampaian Watikah Pegawai
10.15pm - Majlis Bersurai