|
|
|
Pada 11hb April 2008 jam 8.30 malam, KGKT SKSB telah menganjurkan jamuan perpisahan khas untuk guru-guru yang telah bertukar dan kini bertugas di sekolah lain. Jamuan yang ringkas ini diadakan di Bakau D Muara, Lumut. Guru yang bertukar ialah Puan Rosni Abu Bakar, Puan Musleha, Puan Rosni Ab Samat dan Encik Marzihan. Tapi malangnya, hanya Puan Rosni Abu Bakar yang menghadiri majlis tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga disediakan acara cabutan bertuah untuk para guru yang bernasib baik pada malam itu. Majlis berakhir pada pukul 10.00 malam dengan penyampaian cenderahati kepada Puan Rosni Abu Bakar . |
|
|