Pada hari 15hb Mei 2008, sehari sebelum Sambutan Hari Guru, guru -guru yang beragama islam telah mengadakan satu majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat khas untuk mendoakan Encik Rozman b Md Yassin, guru kanan Kokurikulum SKSB semoga cepat sembuh daripada penyakitnya.
Majlis diteruskan dengan jamuan Sambutan Hari Guru 2008 yang berlangsung di kantin SKSB. Para guru dan staf sokomgan SKSB menjamu selera bersama dengan keluarga. Di samping itu, pertukaran hadiah dan cabutan bertuah turut dijalankan.
|