Pada 17hb November 2011 jam 3 petang, Majlis Anugerah Kecemerlang SKSB 2011 telah berlangsung dengan berjayanya di Sudut Ilmu SKSB. Ramai ibubapda telah hadir untuk menyaksikan acara yang tersusun. Sebelum bermulanya majlis, Kelab Kugiran SKSB telah menghiburkan penonton dengan beberapa lagu menarik. Seterusnya majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsul b Ahmad, Pengurus Besar Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah. Terdapat pelbagai acara telah disediakan : Persembahan dari murid tahap 1 dan juga 2, Nyanyian solo, Persembahan daripada Pasukan Mini Orkestra SKSB dan tidak juga tertinggal penyampaian hadiah. Tokoh murid tahun 2011 telah dipegang oleh Ikmal b Hamdan (6B) dan juga Nur Umairah bt Saari (6B). Tahniah diucapkan.