Program RIMUP Sekolah Kelompok A telah berjalan dengan jayanya pada 9hb November 2011, jam 2.30 petang di SK Seri Bayu. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Massuti Bin Haji Topo, Penyelia Sekolah Rendah, PPD Manjung. 3 buah sekolah telah terlibat dalam program ini. Sekolah yang terlibat adalah seperti : SK Seri Bayu, SJK(T) Mukim Pundut dan SJK(C) Ping Min Pundut. Beberapa bengkel telah disediakan oleh guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah, antaranya : Bengkal membuat layang-layang, Bengkel membuat tanglung dan Bengkel membuat kolam. Program ini akan berlangsung pada 11hb November 2011 di SJK(C) Ping Min, Pundut.