Diketuai oleh seorang guru Pemulihan Khas yang cukup berpengalaman dan terlatih dalam bidang ini. Beliau dibantu oleh beberapa orang guru yang terpilih sebagai AJK.Bilik ini berhawa dingin, dihias dan dilengkapi dengan bahan bantuan mengajar yang sesuai dengan aras kecerdasan dan pengetahuan murid yang terlibatMurid terlibat akan mengikuti proses P&P mengikut jadual yang telah disediakan.Di sini mereka berpeluang mempertingkatkan kebolehan dan terbukti ianya beriak positif dan berkesan.
Bilik Pemulihan Khas ini terletak di paras bawah Blok A. Ini untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru terlibat dari kelas ke sini tanpa mengambil masa yang lama hingga mengganggu dan membantutkan proses P&P.Suasana dan persekitaran luar dengan pemandangan yang menarik juga telah turut membantu menceriakan Bilik Pemulihan Khas yang berjasa ini. |