| |
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bermula 05 06.2002 hingga kini, hampir 4 tahun Sekolah Kebangsaan Seri Bayu
( SKSB ) mengatur langkah setapak demi setapak ,menggalas amanah negara ke arah merealisasikan integrasi nasional di samping memperkasa sekolah kebangsaan. Berbagai cabaran yang telah dihadapi dan dilalui bagi melaksanakan Dasar Sekolah Wawasan di samping memastikan SKSB mencapai tahap kecemerlangan. Pihak pengurusan yang dibantu oleh warga sekolah (SKSB & SJKTMP), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah sebagai “stakeholder” serta PIBG dan komuniti setempat telah berjaya melaksanakan program/ projek/ aktiviti yang dirancang .
Sesungguhnya, bukan mudah untuk berkongsi kemudahan sekolah dan melaksanakan program bersama antara dua buah sekolah yang tidak sama alirannya tetapi kami warga sekolah wawasan juga memikirkan bahawa tidak mustahil program itu dapat dilaksanakan dan dijayakan. Ianya bergantung kepada kefahaman, semangat, keiltizaman dan intergriti yang dimiliki oleh warga sekolah wawasan. Kita telah dapat melaksanakan program bersama khususnya dalam bidang kokurikulum dan program khas seperti Sambutan Hari Guru, Jalur Gemilang dan Perhimpunan Perdana.
Sekian, terima kasih.
|
|
|